PEMIILIK BLOG

My photo
Blog peribadi yang merakamkan kenangan sewaktu percutian di dalam dan luar negara. Banyak tempat-tempat yang tak dapat dirakamkan di sini memandangkan ada kesulitan yang terpaksa dielakkan dan blog ini baru diwujudkan sekitar bulan Mei 2010 (^0^). Semoga kenangan ini tetap segar dalam ingatan. Semoga Allah juga merahmati kami sekeluarga.. sentiasa!

Sunday, May 1, 2011

DESTINASI PILIHAN : GUANGZHOU

Destinasi ke luar negara kali ini adalah GUANGZHOU!

Pergi berdua saja dengan hubby memandangkan trip kali ini more to Business Trip. Actually, this is my first time going to Guangzhou while daddy dah berpuluh2 kali pergi sebab kebanyakan stok mesin nya memang ambil direct dari supplier di Guangzhou atau Yiwu.

Kali ni, mummy dapat idea untuk buat bisnes borong barang2 China dengan member. That's why beria2 nak join daddy ke sana sekali. Adanya daddy, proses bargain akan lebih efisyen since peniaga2 di Guangzhou kebanyakannya tak dapat berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. So, siapa yang fasih berbahasa Mandarin dan Cantoneese macam daddy, memang ada advantage yang besar. Tak percaya, cuba compare dari segi harga yang dapat ditawar (^0^)

Tarikh perjalanan dijadualkan pada 28 April hingga 2 Mei 2011. Memilih penerbangan Air Asia, kos lebih kurang RM2000 (termasuk kos bagasi, tax, priority seat dan sebagainya). Biasanya, daddy kalau ke Guangzhou akan stay di Hotel Four Points by Sheraton. Tapi bila google address, agak jauh dengan wholesale plaza dan transportation juga agak terhad, selain menggunakan teksi. Pilihan terbaik yang ada sekarang adalah Hotel Landmark Canton yang terletak berhampira Haizhu Square. Kat sini banyak wholesale plaza. Hanya berjalan kaki dari hotel. Pengangkutan juga amat mudah didapati memandangkan Guangzhou lebih mengutamakan sistem MRT. Satu lagi kelebihan, hotel ini juga terletak berhampiran Pearl River. Cuma hotel ini dalam kategori 4 Stars berbanding dengan Sheraton (^0^)

Sebelum memasuki China, perkara wajib yang perlu dilengkapkan adalah Visa. Visa boleh dibuat melalui travel agency ataupun buat sendiri di China Embassy yang terletak di Bangunan OSK, KL. Oleh kerana kami tak menyertai mana2 travel agent (tak pernah join travel agent walaupun melancong ke mana2 negara), so awal2 kami buat sendiri visa sebelum ini. Visa ni boleh digunakan untuk mana2 tempat dalam negara China seperti Beijing, Tianjin, Xuan, Shanghai, Hazhou, Yiwu atau mana2 sahaja. Oleh sebab itu, bagi mereka yang kerap memasuki negara China, amatlah digalakkan untuk apply Multiple Entry Visa yang valid untuk setahun. Kos cuma RM120 sahaja.

Amatlah tidak digalakkan untuk buat Visa Ekspress kerana caj yang dikenakan berkali ganda dari biasa. Contohnya, untuk Single Entry, caj biasa hanyalah RM58 dan visa boleh ambil dalam masa 4 hari bekerja. Tetapi kalau Single Entry Ekspress, caj adalah sebanyak RM310! Kelebihannya, visa boleh disiapkan dalam hari yang sama (sebelah petang), dengan syarat permohonan mestilah dibuat sebelum pukul 10.30 pagi. Sebaik-baiknya, call dulu China Embassy untuk pastikan consulate bekerja atau sebaliknya. Kadang-kadang, walaupun kaunter permohonan dibuka, tetapi consulate bercuti, maka Visa Ekspress hanya boleh diambil pada hari consulate bekerja sedangkan caj masih lagi RM310! Sangat tak berbaloi....

Mengikut weather forecast, time kami ke sana nanti, suhu sekitar 27 darjah sebelah siang dan 21 darjah sebelah malam. Hmmmm... Agak panas juga. Kali ni memang tak nak bawa baju banyak2 sebab dah tau memang target ke sana pun nak shopping (^0^)

Here we go!

No comments: