PEMIILIK BLOG

My photo
Blog peribadi yang merakamkan kenangan sewaktu percutian di dalam dan luar negara. Banyak tempat-tempat yang tak dapat dirakamkan di sini memandangkan ada kesulitan yang terpaksa dielakkan dan blog ini baru diwujudkan sekitar bulan Mei 2010 (^0^). Semoga kenangan ini tetap segar dalam ingatan. Semoga Allah juga merahmati kami sekeluarga.. sentiasa!

Sunday, May 1, 2011

DESTINASI PILIHAN : GUANGZHOU

Destinasi ke luar negara kali ini adalah GUANGZHOU!

Pergi berdua saja dengan hubby memandangkan trip kali ini more to Business Trip. Actually, this is my first time going to Guangzhou while daddy dah berpuluh2 kali pergi sebab kebanyakan stok mesin nya memang ambil direct dari supplier di Guangzhou atau Yiwu.

Kali ni, mummy dapat idea untuk buat bisnes borong barang2 China dengan member. That's why beria2 nak join daddy ke sana sekali. Adanya daddy, proses bargain akan lebih efisyen since peniaga2 di Guangzhou kebanyakannya tak dapat berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. So, siapa yang fasih berbahasa Mandarin dan Cantoneese macam daddy, memang ada advantage yang besar. Tak percaya, cuba compare dari segi harga yang dapat ditawar (^0^)

Tarikh perjalanan dijadualkan pada 28 April hingga 2 Mei 2011. Memilih penerbangan Air Asia, kos lebih kurang RM2000 (termasuk kos bagasi, tax, priority seat dan sebagainya). Biasanya, daddy kalau ke Guangzhou akan stay di Hotel Four Points by Sheraton. Tapi bila google address, agak jauh dengan wholesale plaza dan transportation juga agak terhad, selain menggunakan teksi. Pilihan terbaik yang ada sekarang adalah Hotel Landmark Canton yang terletak berhampira Haizhu Square. Kat sini banyak wholesale plaza. Hanya berjalan kaki dari hotel. Pengangkutan juga amat mudah didapati memandangkan Guangzhou lebih mengutamakan sistem MRT. Satu lagi kelebihan, hotel ini juga terletak berhampiran Pearl River. Cuma hotel ini dalam kategori 4 Stars berbanding dengan Sheraton (^0^)

Sebelum memasuki China, perkara wajib yang perlu dilengkapkan adalah Visa. Visa boleh dibuat melalui travel agency ataupun buat sendiri di China Embassy yang terletak di Bangunan OSK, KL. Oleh kerana kami tak menyertai mana2 travel agent (tak pernah join travel agent walaupun melancong ke mana2 negara), so awal2 kami buat sendiri visa sebelum ini. Visa ni boleh digunakan untuk mana2 tempat dalam negara China seperti Beijing, Tianjin, Xuan, Shanghai, Hazhou, Yiwu atau mana2 sahaja. Oleh sebab itu, bagi mereka yang kerap memasuki negara China, amatlah digalakkan untuk apply Multiple Entry Visa yang valid untuk setahun. Kos cuma RM120 sahaja.

Amatlah tidak digalakkan untuk buat Visa Ekspress kerana caj yang dikenakan berkali ganda dari biasa. Contohnya, untuk Single Entry, caj biasa hanyalah RM58 dan visa boleh ambil dalam masa 4 hari bekerja. Tetapi kalau Single Entry Ekspress, caj adalah sebanyak RM310! Kelebihannya, visa boleh disiapkan dalam hari yang sama (sebelah petang), dengan syarat permohonan mestilah dibuat sebelum pukul 10.30 pagi. Sebaik-baiknya, call dulu China Embassy untuk pastikan consulate bekerja atau sebaliknya. Kadang-kadang, walaupun kaunter permohonan dibuka, tetapi consulate bercuti, maka Visa Ekspress hanya boleh diambil pada hari consulate bekerja sedangkan caj masih lagi RM310! Sangat tak berbaloi....

Mengikut weather forecast, time kami ke sana nanti, suhu sekitar 27 darjah sebelah siang dan 21 darjah sebelah malam. Hmmmm... Agak panas juga. Kali ni memang tak nak bawa baju banyak2 sebab dah tau memang target ke sana pun nak shopping (^0^)

Here we go!

Monday, April 11, 2011

The Living Room @ Westin KL

Sebelum balik ke Ipoh, sekali lagi hubby ajak kami makan kat The Living Room, salah satu restoran yang ada di Hotel Westin. Kali ni, Su Nani pun ikut sekali (^0^)

Kami sampai lebih kurang pukul 12.30 tengahari. Sangat suka dengan environment dan decoration kat sini. Simple tapi eksklusif. Makanan kat The Living Room juga sedap2 semuanya. Roasted beef dengan sauce yang sedap, masak lemak udang yg 'terangkat', desert yang menyelerakan dan macam2 lagi.








Kami habiskan masa hampir 2 jam kat sini. Total bill dalam lingkungan RM350, Buffet Lunch untuk 3 Adults and 4 Kids. Satu saja yang agak lain kat sini berbanding Buffet Lunch di hotel2 lain... Harga untuk fruit juice adalah dikira berasingan. Rasa pelik pulak sebab biasanya minuman termasuk sekali dengan buffet. Overall, kualiti makanan memang sedap (^0^)

Lepas lunch, alang2 dah berada depan Pavillion, so sekali lagi kami terus menghala ke Pavillion. Ronda2 sekejap, mummy sempat lagi shopping baju FCUK. Pantang betul berada dalam shopping complex ni... Hehehe...

Lepas tu, kami ke Universal Traveller. Oleh sebab kami selalu travel, so daddy belikan digital weight scale untuk timbang luggage. Maksimum boleh load sampai 50kg. Lepas ni, tak perlu lagi agak2 berat luggage berapa. Senang sikit... Takut terlebih muatan dalam flight (^0^)

Kemudian, anak2 request untuk tengok movie. So kami terus ke GSC. Bila ditanya anak2, semua nak tengok 3D Rio. Ngam2 dengan show time. Terus kami beli tiket dan masuk ke pawagam. Anak2 sangat enjoy tengok 3D.

Keluar dari GSC, kami terus balik ke rumah. Agak penat tapi gembira. Masa2 yang ada inilah yang kami cuba luangkan untuk anak2. Moga anak2 mengerti nilai kasih sayang kami kepada mereka, bukan diukur dari wang ringgit atau hadiah, tapi kegembiraan menghabiskan masa bersama2 itu yang lebih dihargai...

Sunday, April 10, 2011

Essence @ Sheraton Imperial KL

Hari ni, hubby bawak kami makan kat Essence yang terletak di Hotel Sheraton Imperial untuk celebrate our anniversary sekali lagi. Alasannya, sebab makanan sehari sebelum tu di Saloma Theatre Restaurant hanya biasa2 jerr... Seperti biasa, anak2 akan ikut sama. Bagi hubby tiada istilah celebrate berdua memandangkan anak2 adalah sebahagian dari hidup kami. Lagipun, selagi anak2 masih kecil, inilah masa untuk luangkan seberapa banyak yang ada bersama (^0^)








Buffet Lunch di Essence, Sheraton agak menyelerakan dengan pelbagai pilihan. Lamb chop, roti naan garlic, otak2 dan dim sum adalah antara menu yang menyelerakan termasuk fruit juice yang sungguh sedap. Untuk lunch ni, total bill lebih kurang RM350. Berbaloi kerana anak2 makan banyak kali ni. Hampir 2 jam kami habiskan masa di sini.























Selepas lunch, daddy bawa kami sekali lagi ke Pavillion. Bila ditanya, dia cuma inform ada sesuatu yang dia nak beli. So, mummy tak bayangkan apa2 pun. Sampai di Pavillion, daddy suruh mummy jalan2 dulu. Mummy terus ke Gucci. Tak sampai 15 minit kat Gucci, daddy datang sambil menjinjit paperbag yang sangat besar. Daddy serahkan pada mummy sambil wish 'Happy Anniversary'. Mummy tergamam tapi sangat seronok dapat hadiah yang tak dijangka dari suami tercinta.... Hehehe...

Terus keluar dari Gucci sambil belek tag harga Longchamp. Mak aii... Lebih kurang sama harga Gucci atau LV. Since this is my first Longchamp, memang sangat suka dengan design handbag ni. Terima kasih tak terhingga buat daddy yang sentiasa peka dengan taste mummy (^0^)


My first Longchamp (^0^)



Nampak gayanya, bertambah lagi koleksi handbag mummy (^0^)

Saturday, April 9, 2011

Saloma Theatre Restaurant

Hari ni merupakan hari ulangtahun perkahwinan kami. Disebabkan masa tak sesuai untuk kami 'berbulan madu' sekali lagi, maka terpaksa postpone trip ke Europe hingga bulan Disember nanti. Kalau diizinkan olehNYA, boleh bawa anak2 sekali (^0^)

Daddy seperti biasa akan offer untuk beli handbag. Tapi mummy pulak yang rasa ralat kalau nak beli Louis Vuitton kat Malaysia ni. Bukan apa, harganya sangat mahal berbanding dengan beli di Europe atau Singapore atau Hong Kong. Better tunggu time ke Europe nanti... Tapi si suami yang menjadi pujaan hati tetap takkan biarkan hari ni kosong tanpa gift.

Dari pagi dah tanya mummy mana nak pergi shopping. Mummy pulak terasa sangat ler malas nak keluar. So, dalam pukul 2 lebih baru kami keluar setelah solat. Jama' terus Zohor dan Asar, takut terlambat balik. Maghrib dan Isya' takde masalah, boleh jama' kemudian since kami dah sampai KL dari Ipoh.

Terus menghala ke Pavillion. Lama jugak ada kat sana. Si Kecik Barren request untuk beli float yang baru. So, kami terus ke Speedo. Nasib baik ada saiz untuknya. Kat Pavillion ni, sempatlah juga mummy beli kasut Bill Keith, Clarks dan boot Guess. Alang2 dah beli, baik beli 3 pasang terus kan? Hehehe.... Untuk daddy, mami hadiahkan satu set baju Tommy Hillfiger termasuk cap. Nasib baik gak daddy tak pilih jam sebagai hadiah (^0^)




Dari Pavillion, kami ke Fahrenheit. Masuk Uniqlo sekejap. Takde apa yang berkenan. Lepas ronda2 sekejap, kami menghala ke Lot 10. Kat Lot 10, berehat seketika di Jackie Chan's Cafe. Saja tertarik dengan dekorasi cafe dengan sofa bed. Memang sangat sesuai untuk bersantai2. Sekadar minum2, kami lepak sambil baring2 hampir 2 jam. Hilang letih berjalan bila dapat berehat dengan selesa. Sebelum keluar dari Lot 10, sempat juga ke National Geographic di Tingkat 3. Daddy beli lagi sehelai baju untuk dia sendiri.








Seterusnya, kami menghala ke KLCC. Oleh kerana, masa kami sampai dah agak lewat, lebih kurang pukul 8.30 malam, so tak banyak masa untuk jalan2. Dalam pada tu, sempat juga belikan baju Guess untuk anak2. Sebelum balik, tempat wajib yang mesti singgah adalah kids area atau lebih tepat lagi, tempat segala mak nenek toys. Seperti biasa, daddy ni memang tak sah kalau tak beli toys samada untuk dia atau anak2 (^0^)

Keluar dari KLCC, kami terus ke Saloma Theatre yang terletak tak jauh dari situ. Satu perkara yang amat dikesali, biasanya kami takkan lupa untuk bawa DSLR ke mana2. Tapi kali ni, entah kenapa masing2 terlupa. Sudahnya, terpaksa la ambik gambar dengan hanya menggunakan Blackberry. Gambar kebanyakkannya blur. Sayang sungguh rasanya...


Entrance to Saloma Theatre Restaurant





Daddy dan Mummy 





Chicken Chop 


Nasi Beriayani Ayam Masak Merah 


Cantonese Kue Teow 


Fried Kue Teow 


Sirloin Steak


Overall, makanan di sini cuma biasa2 sahaja. Tiada menu yang menarik dan makanannya juga boleh dikategorikan sebagai hidangan yang simple. Apa yang penting, kami makan bersama dengan gembira. Total bill juga tak terlalu mahal. Hanya dalam lingkungan RM200 untuk kami berenam.

Selepas dinner, terus balik ke rumah. Barren request utk swimming malam2 buta. Tak sabar dah kot nak pakai float baru... Tak nak hampakan anak2, kami terus tukar baju dan terjun pool sama2. Melihat telatah si Barren yang excited dengan float baru, berbaloi rasanya beli walaupun harga mencecah RM130. Hampir sejam jugak masa berlalu. Sedar tak sedar, dah hampir pukul 12 malam. Naik ke rumah, masing2 terus terlena sejurus selepas tukar baju tidur (^0^)

Semoga hari2 kami akan terus ceria di samping anak2 tersayang. Semoga Allah panjangkan ikatan perkahwinan ini hingga ke hujung nyawa. Moga kasih sayang antara kami tetap segar dan kukuh di hati. Semoga dirahmati segala usaha dan matlamat kami. Dan semoga kami semua dilindungi dari sebarang musibah.

Untuk suami tercinta, Faizul Kan Abdullah... terima kasih kerana menerima diri ini seadanya. Terima kasih yang tak terhingga atas segala pengorbanan dan kasih sayang yang diberikan. Jauh di sudut hati, sentiasa terdetik... dialah suami yang terbaik untuk diri ini....

Monday, March 28, 2011

Tony Roma's

Destinasi makan-makan seterusnya adalah Tony Roma's. Kunjungan ke sini bukanlah kali pertama. Dah banyak kali, cuma kali ni baru berkesempatan nak update dalam blog (^0^)

Kali ni kami makan kat Kota Damansara. Oleh kerana masih awal, lebih kurang jam 12 tengahari (consider awal ler untuk  penghuni kota di hujung minggu... hehehe), tak ramai lagi orang. Seronok makan takde orang ni, dilayan macam VIP (^0^)

Menu wajib kat sini (untuk mummy) of course Roma Rack Rib Eye Steak... the steak to die for! hehehe... Anak2 makan Kiddies Meal, while untuk daddy, mesti ada Seafood Spaghetti.





Cheese Pizza


Chicken Strip


Spaghetti


Chicken Grilled


Seafood Spaghetti


Roma Rack - Rib Eye Steak


Enjoyed the meals (^0^)





Kids Eat Free For Every Paying Adult! Berbaloi la makan kalau ada promo macam ni... hehehe.. Total bill untuk lunch ni dalam RM250 je (^0^)

Sunday, March 27, 2011

Ice Room (Kota Damansara)

Hari minggu, seperti biasa kami ke KL. Lepas tengok dalam satu majalah (dah lupa majalah apa... hehehe), teringin pulak nak makan desert kat Ice Room. Branch yang paling dekat dengan rumah, kat Kota Damansara. Oleh kerana masing2 belum lunch, so kami terus saja lunch kat sana (^0^)

Decoration kat Ice Room memang nice. Siap ada playground untuk kanak2. The best part is, tokey dia iaitu Dato' Razali dan Datin juga sangat mesra melayan semua pengunjung. Tak lokek dengan senyuman, Dato' dan Datin turun padang melayan pengunjung yang sentiasa ramai walaupun masa kami pergi dah lepas waktu makan tengahari. Kami memilih untuk duduk di tingkat bawah (air-conditioned).

Kat sini juga ada menerima tempahan untuk Birthday Party di tingkat atas. Hmmm... boleh consider untuk buat birthday party kat anak2 nanti (^0^)

Menu Snow Ice adalah most recommended di sini. Memang sedap dan banyak pilihan flavour. Untuk makan tengahari juga, menu not so bad. Ada kepelbagaian yang terdiri dari Malay Food, Chinese Food dan juga Japanese Food. Tak ketinggalan juga, kuih muih tradisional Malay dan Chinese.

















Tak puas makan, kami sekali lagi berkunjung ke Ice Room di branch yang sama pada keesokan hari. Kali ni, oleh kerana hari dah petang (hampir pukul 7 malam) kami pilih untuk duduk di luar (open air). Cuma makan Snow Ice dan kuih muih saja kerana masing2 masih lagi kekenyangan.








 Enjoying the deserts (^0^)


 Blueberry Snow Ice


Mango Snow Ice


 Tropical Mixed Fruit Snow Ice


Strawberry Snow Ice


Nite view (^0^)


Overall, memang sedap dan berbaloi dengan harga. Ice Snow memang cukup untuk dua orang kanak2 berkongsi semangkuk (even tak habis pun anak2 makan... hehehe). Next time, try kat branch lain pulak... Kajang, Bangi, Nilai, Cheras pun ada (^0^)

Sunday, March 20, 2011

Family Vacation : The Legend Int. Water Homes (Hari Kedua)

Seawal jam 6.30 pagi, selepas solat Subuh, daddy 'terjun' lagi. Anak2 terjaga bila terdengar deburan air dan terus 'terjun' bersama. Memang berbaloi sungguh rasanya menghabiskan masa dengan percutian kali ini. Lepas berenang seketika, masing2 barulah terasa lapar.

Selepas breakfast di hotel, anak2 request untuk berenang di public pool. Memenuhi permintaan anak2, kami ke public pool yang terletak di sebelah bangunan lobi hotel. Pool yang sangat besar dan sangat sesuai untuk kanak2. Kami yang dewasa hanya memerhati anak2 berenang sambil berehat. Nyaman sungguh rasanya cuaca dan suasana pagi di tepi laut (^0^)

















Oleh kerana kami akan check-out dari hotel waktu tengahari, maka sempat juga daddy, adik2 dan anak2 bermain tricyle. Kadar sewa hanyalah RM20 untuk 1 jam setiap satu. Ronda2 dengan  mengayuh triclye ke sekeliling kawasan hotel dan villa, masing2 kelihatan sangat gembira.





















Balik ke villa, anak2 sempat lagi 'terjun' lagi sekali sebelum kami bersiap untuk check-out. Memang boleh dikatakan percutian kali ini sangat2 berbaloi. Untuk The Legend International Water Homes, kami berikan rating 9 out of 10 bagi destinasi percutian dalam negara. Memang relax dan haven (^0^)

Selepas check-out, kami menghala ke Melaka sebelum balik ke KL untuk menjamu selera dengan Chicken Rice Ball yang sangat famous di Restoran Ee Ji Ban. Kemudian kami ke Jonker Walk. Kunjungan ke Melaka takkan sah jika tidak menikmati cendol gula melaka yang sangat famous di sini (^0^)











Selepas makan2, kami terus balik ke KL. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Walaupun masing2 keletihan, namun terpancar kegembiraan di wajah masing2. Insya Allah, jikaada kelapangan kami pasti akan berkunjung lagi ke The Legend International Water Homes (^0^)